Bagaimana membuat pilihan.
Tidak dapat dinafikan, Stand Mixer adalah lebih bagus berbanding model Hand Mixer, namun anda perlu membayar harga lebih untuk mendapatkannya. Diakui model "Stand" adalah lebih berfungsi, terutamanya jika ia datang atau ada aksesori tambahan. Membeli pengadun ini boleh juga diperolehi dengan harga lebih bajet, dengan watt yang berbeza, ciri-ciri dan keupayaan yang berbeza dan ia boleh mengelirukan pembeli untuk mendapatkan yang terbaik. Diharap tips ini boleh membantu anda membuat keputusan membeli yang betul.
Penggunaan Stand Mixer.
Bagaimana anda ingin menggunakan mixer. Jika anda menggunakannya untuk keluarga yang besar/majlis/parti, atau membuat beberapa buku roti/kek seminggu, anda memerlukan motor berkuasa dan mangkuk kapasiti besar - sekurang-kurangnya 600 watt dan saiz/kuantiti 6 mangkuk atau lebih besar. Kapasiti adalah penting. Jika keperluan anda adalah lebih kecil dan anda membeli mixer yang besar, anda akan mendapati ia rumit untuk digunakan untuk kumpulan kecil. Sebaliknya, jika keperluan anda yang besar dan anda membeli unit berukuran terlalu kecil, anda akan perlu mengubah resipi dan perlu memproses dalam kelompok/catuan.
Prestasi Kuasa dan Keupayaan.
Anda mungkin berpendapat bahawa kuasa/watt yang lebih tinggi, mempunyai kuasa yang lebih untuk dicampur dan menguli. Ianya salah dan sesetengah mixer boleh menggunakan lebih watt untuk beroperasi daripada model lain dan output kuasa mungkin kurang daripada dinyatakan. Inilah sebabnya mengapa ia adalah lebih bijak untuk membuat keputusan membeli anda pada kapasiti, dan bukan semata-mata kepada kuasa/watt diiklankan. Setiap pengeluar ada memberitahu kapasiti (banyak cawan tepung, dan lain-lain) garis panduan yang boleh sangat membantu. Mungkin juga anda boleh bertanya pada sales person berkenaan sesuatu produk kerana mereka telah diajar berkaitan setiap produk masing-masing.
Ciri-ciri terbaik Stand Mixer.
Mixer yang mempunyai baik mempunyai "overload protection" pengunci kecondongan. Mixer yang bagus diperbuat daripada besi, dengan ketahanan lebih baik, kukuh dan stabil. Mempunyai purata kelajuan/speed 10 - 12 dan paling penting disertakan dengan 3 aksesori standard (pemukul, penguli dan cangkuk pembuat doh). Sesetengah model mempunyai timer bagi memudahkan proses serta mengelakkan dari tumpahan semasa proses. Model dengan slot untuk menyambung aksesori pilihan adalah yang paling berfungsi, kerana aksesori ini boleh dibeli kemudian. Jaminan pula berbeza mengikut jenama, dan tentunya anda boleh memilih jaminan yg lebih lama juga.
Had Kuasa Stand Mixer.
Setiap mixer dengan kuasa/watt yang tinggi dan mampu mengendalikan apa-apa doh, terdapat juga batasan. Malah mixer terbaik mempunyai masalah pengendalian doh yang sangat sengit. Sebagai contoh, doh boleh menyebabkan motor itu menjadi lembap dan lari, mixer anda tidak direka untuk mengendalikan kapasiti atau doh yang terlalu padat. Dimana akhirnya anda terpaksa menyelesaikan menguli doh itu dengan tangan, walaupun dengan mixer berkuasa. Untuk mengelakkan motor terbakar, ikuti garis panduan pengeluar untuk berapa lama ia perlu beroperasi setiap kali digunakan. Perlu diingat bahawa tidak semua mixer dibina diberi jaminan yang lama dan mereka mampu untuk beroperasi secara berterusan untuk tempoh masa yang panjang.
Pilihan Aksesori Stand Mixer.
Banyak model datang dengan slot/hab untuk menyambung aksesori tambahan termasuk grinder daging/sayur, pembuat pasta atau pembuat sosej. Walaupun aksesori ini menambah kos mixer, mereka membuat ia lebih berfungsi dan mengurangkan jumlah peralatan yang anda perlukan. Walau bagaimanapun, mereka perlu kuasa yang mencukupi untuk mengendalikan ini dan anda mungkin mahu mengambil kira tahap kuasa apabila membeli mixer anda.
Kualiti Terbaik - Bagaimana pula Harga.
Terdapat pelbagai harga untuk Stand Mixer, dan anda perlu mempertimbangkan apa yang mempengaruhi harga. Satu model asas hanya boleh mempunyai satu tindakan mixer (tengah), manakala unit yang lebih mahal akan mempunyai spiral atau rotation yang meliputi kawasan yang luas untuk boleh menggaul/mixing lebih dekat sehingga ke sisi mangkuk. Proses mixing akan bercampur lebih baik dan menarik. Secara amnya, kuasa yang lebih, lebih banyak anda boleh lakukan dengan mixer. Unit lebih mahal juga akan mempunyai bahagian-bahagian lebih tahan lama.
Jom Like & Follow page The Blue Gondola - UK
Labels: pengadun, pengadun berdiri, Stand Mixer